Seremban: Dewan Keadilan dan Undang Negeri Sembilan (DKU) sekali lagi menegaskan bahawa Tuanku Muhriz Tuanku Munawir kekal sebagai Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan.
Setiausaha Dewan Raja Norazli Raja Nordin berkata Tuanku Muhriz dipilih oleh para Undang dan dimasyhurkan sebagai Yang Dipertuan Besar ke-11 pada 29 Dis 2008 serta ditabalkan secara rasmi menurut Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan 1959 (UUTKNS) pada 26 Okt 2009.
Beliau berkata Tuanku Muhriz terus memegang jawatan itu, bersama dengan jawatan Yang Dipertua Dewan di bawah Perkara 19.
"UUTKNS 1959 memperuntukkan satu-satunya cara yang sah bagi jawatan tersebut menjadi kosong, jika dikatakan bahawa para Undang telah menyeru Duli Yang Maha Mulia supaya berundur atau turun takhta, Perkara 10 mensyaratkan penyiasatan yang secukupnya dan sepenuhnya oleh para Undang; suatu penentuan bahawa wujud alasan yang dinyatakan dalam Perkara 10 tersebut.








/file/1326/a36ec992e7106f2d294033389b03f61e.jpeg)
