helmi.talkah@bh.com.my

Nagoya: Sukan Asia Aichi-Nagoya 2026 melabuhkan tirai malam ini selepas 16 hari menyaksikan atlet terbaik Asia bersaing merebut pingat, sebelum Doha, Qatar mengambil alih tugas sebagai tuan rumah edisi seterusnya.

Kontinjen Malaysia menamatkan saingan di kedudukan ke-11 selepas mengutip sembilan emas, tujuh perak dan 16 gangsa.

China muncul juara keseluruhan dengan 169 emas, 89 perak dan 83 gangsa, diikuti Jepun di tempat kedua dengan 83 emas, 95 perak dan 91 gangsa, manakala Korea Selatan menduduki tangga ketiga dengan 39 emas, 43 perak dan 68 gangsa.

Upacara penutupan yang berlangsung di Stadium Paloma Mizuho bermula jam 6 petang waktu tempatan dengan ketibaan Putera Mahkota Akishino Fumihito serta Puteri Mahkota Kiko, selain Presiden Majlis Olimpik Asia (OCA), Sheikh Joaan Hamad Al Thani.