Manila: Polis Filipina sedang menyiasat penemuan satu komputer riba bersama sejumlah bahan pornografi dan penderaan kanak-kanak di kediaman lama Thomas Markle di Cebu.

Thomas adalah bapa kepada Meghan Markle yang juga isteri Putera Harry dari Britain.

Hasil siasatan penuh dijangka diketahui dalam tempoh seminggu, kata Menteri Dalam Negeri Filipina, Jonvic Remulla kepada AFP.

Thomas sebelum ini menetap di Cebu, Filipina sebelum dilapor kembali ke Amerika Syarikat (AS) pada awal tahun ini.