PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang yang melibatkan beberapa kawasan di Kelantan, Terengganu, Pahang, Selangor, Wilayah Persekutuan Putrajaya dan Labuan, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Sarawak dan Sabah sehingga pukul 6 petang ini.

Menurut MetMalaysia menerusi kenyataan di Facebook, bagi negeri Kelantan, kawasan yang terlibat ialah Kuala Krai, Jeli, Tanah Merah, Pasir Mas, Tumpat, Kota Bharu, Bachok, Machang dan Pasir Puteh.

“Amaran turut melibatkan Jerantut, Raub, Temerloh, Maran, Kuantan, Rompin dan Lipis di Pahang serta Kuala Langat, Sepang dan Hulu Langat di Selangor.

“Di Negeri Sembilan, kawasan yang terjejas ialah Seremban, Port Dickson dan Rembau, manakala Segamat, Mersing dan Kluang di Johor,” katanya.