SEREMBAN: Empat rumah di Lorong Cempaka 1, berhampiran UTC Ampangan, di sini, hangus hampir 80 peratus dalam kebakaran malam ini.
Setakat ini, tiada laporan mengenai kemalangan jiwa atau mangsa cedera.
Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Sembilan berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada 8.17 malam.
Katanya, jentera bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Seremban tiba di lokasi kejadian pada 8.22 malam, lima minit selepas menerima panggilan.









