Pemuzik sape dan penyanyi, Alena Murang bakal mengukir sejarah tersendiri apabila tampil menjayakan persembahan Beats of Borneo: Alena Murang with the MPI - Concerto for Sape and Orchestra.

Persembahan yang mendapat kerjasama Malaysian Philharmonic Orchestra (MPO) itu berlangsung di pentas berprestij Dewan Filharmonik Petronas (DFP), Kuala Lumpur City Centre (KLCC) pada 31 Oktober ini.

Karya penuh bermakna ini dihasilkan oleh komposer kelahiran Sabah, Vivian Chua yang sudah berhubung dan bekerjasama rapat dengan Alena sejak Disember tahun lalu.

Bagi Alena, 37, peluang menjayakan konsert ini adalah satu pengiktirafan besar, bukan sahaja buat dirinya, malah untuk keseluruhan komuniti pemuzik sape di Malaysia.