Pemuja Syaitan yang ditayangkan sejak 15 Oktober lalu meneruskan tradisi genre seram filem tempatan untuk peminat yang gemar menikmati babak cemas, aksi tegang dan 'jump scare'.
Menariknya, ia adalah garapan sulung pelakon Liyana Jasmay yang kini berjinak-jinak dengan bidang pengarahan.
Jika anda masih ingat, Liyana pernah tampil menerusi filem Histeria iaitu salah sebuah filem seram ngeri (slasher/thriller) ikonik tempatan yang ditayangkan pada 2008.
Filem arahan James Lee ini diterima baik oleh peminat, sekali gus mengangkat nama Liyana.








