Apabila takdir merenggut kebahagiaan dalam sekelip mata, mampukah sebuah janji setia bertahan dalam menempuh badai pengkhianatan dan ketaasuban terlarang?
Kisah ini ditampilkan dalam drama Sepenuh Hati Rindu yang sarat dengan konflik jiwa, ketabahan wanita dan ujian kasih sayang.
Drama bertema berat sebanyak 20 episod ini menemui penonton bermula esok (27 Oktober 2026) pada setiap Isnin hingga Khamis, jam 10 malam menerusi slot Samarinda di TV3.
Menampilkan gandingan mantap Farah Nabilah, Shahz Jaszle dan Razzuan Rosli sebagai teraju utama, selain turut dibintangi Syafie Naswip, Raja Azmi, Adam Corrie, Lan Siro dan Sayf Mikael.






