Membesarkan anak bukan sekadar memastikan mereka mendapat pendidikan sempurna dan berjaya dalam pelajaran semata-mata, sebaliknya turut membabitkan usaha membentuk emosi yang sihat, keyakinan diri serta rasa kasih dan hormat terhadap orang lain.
Dalam proses membesar, remaja berdepan pelbagai perubahan yang mempengaruhi cara mereka memahami kehidupan, mengurus emosi dan menerima sesuatu keadaan.
Justeru, perhatian terhadap kesihatan mental dan emosi tidak seharusnya dipandang ringan, apatah lagi ketika golongan itu melalui fasa penting dalam pembentukan diri.
Persoalan berkenaan peranan keluarga, sekolah dan masyarakat dalam membentuk sahsiah remaja kembali mendapat perhatian susulan dua kes kematian pelajar di sekolah berbeza dalam tempoh berdekatan.






