Bacaan indeks pencemaran udara di Serian tertinggi, iaitu 170, disusuli Sarikei, Samarahan dan Kuching (157), Sibu (156), Mukah (116) dan Sri Aman (115). (Gambar Bernama)PETALING JAYA: Keadaan jerebu dalam negara bertambah baik dengan hanya tujuh lokasi di Sarawak merekodkan kualiti udara tidak sihat, manakala kebanyakan kawasan mencatatkan bacaan indeks pencemaran udara (IPU) baik dan sederhana setakat 9 pagi ini.
Menurut portal Sistem Pengurusan IPU Jabatan Alam Sekitar, bacaan IPU di Serian tertinggi, iaitu 170, disusuli Sarikei, Samarahan dan Kuching (157), Sibu (156), Mukah (116) dan Sri Aman (115).
IPU sederhana direkodkan 32 kawasan di Semenanjung, Sabah dan Sarawak, sementara 29 lokasi mencatatkan kualiti udara baik.








%2Ffile%2Fattachments%2Forphans%2FKellyMordend2sd_470909.png&w=480&output=webp&q=85&we)