KUALA LUMPUR: Sebanyak 21 lokasi di seluruh negara merekodkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat sehingga jam 1 petang ini.
Semakan menerusi laman sesawang Sistem Indeks Pencemar Udara (APIMS), Jabatan Alam Sekitar (JAS) merekodkan IPU tertinggi dicatatkan Bukit Rambai, Melaka dengan bacaan 173.
Nilai di Negeri Sembilan mencatatkan bacaan 162, diikuti Klang, Selangor (161), Johan Setia, Selangor (160), Bandaraya Melaka, Melaka (159), Cheras, Kuala Lumpur (158), Putrajaya (157), Banting, Selangor (157) serta Batu Muda, Kuala Lumpur dan Petaling Jaya, Selangor, masing-masing 156.
Shah Alam, Selangor dan Alor Gajah, Melaka, masing-masing merekodkan bacaan 155, begitu juga di Seremban serta Port Dickson di Negeri Sembilan. Di Johor, Batu Pahat mencatatkan bacaan 154, diikuti Larkin (153), Segamat (150), Pasir Gudang (150) dan Kluang (143).









