Polis perlu memperkukuh pengawasan berasaskan risiko menerusi pemantauan, audit dan pengesanan awal salah laku, menurut Haezreena Begum Abdul Hamid.

PETALING JAYA: Akauntabiliti terhadap salah laku polis tidak seharusnya terhenti pada anggota bawahan, sebaliknya perlu turut merangkumi penyelia dan pihak pengurusan, kata seorang pakar kriminologi susulan penahanan beberapa anggota dalam kes air ketum.

Selasa lalu, lapan anggota polis, termasuk tujuh bertugas di pelbagai cawangan IPD Sentul dan seorang di IPD Brickfields, bersama seorang awam ditahan kerana disyaki terbabit dalam aktiviti air ketum di Taman Keramat.

Haezreena Begum Abdul Hamid dari Universiti Malaya (UM) berkata kes itu tidak boleh dilihat sebagai masalah individu semata-mata kerana faktor persekitaran, budaya kerja dan kelemahan penyeliaan juga perlu dinilai.