KUALA LUMPUR: Kementerian Pendidikan (KPM) merekodkan sebanyak 4,289 kes salah laku buli bagi tempoh Mac hingga Ogos lalu termasuk kes yang berlaku di asrama.
Menteri Pendidikan, Datuk Seri Fadhlina Sidek, berkata daripada jumlah itu, sebanyak 2,480 kes membabitkan buli fizikal, 1,386 kes buli lisan, 243 kes buli bukan lisan dan 180 kes buli siber.
"KPM memandang serius setiap kejadian buli yang membabitkan murid, sama ada di sekolah mahupun di asrama.
"Sehubungan itu, KPM terus memperkukuh pendekatan menangani buli secara menyeluruh, meliputi aspek penguatkuasaan, pengawasan persekitaran sekolah dan asrama, perlindungan mangsa, intervensi psikososial serta pembentukan karakter murid," katanya.








