SINGAPURA: Tenaga nuklear berpotensi menjadi pilihan negara untuk memperkukuh keterjaminan tenaga jangka panjang susulan gangguan bekalan global, kata Pengarah Eksekutif Agensi Tenaga Antarabangsa (IEA), Dr Fatih Birol.
Beliau berkata, minat terhadap tenaga nuklear meningkat ketika krisis tenaga semasa mendorong banyak negara menilai semula strategi masing-masing.
Tenaga nuklear dilihat sebagai sumber yang selamat, dijana dalam negara dan mampu menyediakan bekalan elektrik beban asas yang boleh diharapkan.
Pada masa sama, penggunaan tenaga nuklear boleh membantu negara mengurangkan kebergantungan terhadap bekalan tenaga dari luar.






