London: Luis de la Fuente meraih anugerah Jurulatih Lelaki Terbaik Ballon d'Or selepas membimbing Sepanyol muncul juara Piala Dunia, pada majlis penganugerahan di London, awal pagi tadi.
Pengendali berusia 65 tahun itu menyifatkan kejayaan berkenaan sebagai hasil kerjasama berpasukan dan sumbangan pemain yang sentiasa mengutamakan kepentingan pasukan.
"Kerja berpasukan menjadikan kami sukar ditewaskan. Ini satu penghormatan besar," katanya selepas menerima anugerah itu.
De la Fuente turut memuji kualiti pemain Sepanyol yang disifatkannya sebagai antara kelompok terbaik di dunia, sekali gus memudahkan tugasnya membentuk pasukan yang mampu mencipta kejayaan.






