Selepas lebih setahun menjadi wartawan penyiaran dan penyampai berita waktu malam, Datuk Aznil Nawawi mendedahkan namanya disenaraikan untuk menjadi pembaca berita Buletin Utama di stesen televisyen TV3.

Menurut Aznil, dia memang mengimpi kerjaya sebagai pembaca berita Buletin Utama kerana mahu mengikut jejak idolanya, Wan Zaleha Radzi dan Allahyarham Datuk Mahadzir Lokman ketika itu.

"Nama saya ditarik dari senarai pembaca berita Buletin Utama sebab wajah saya didakwa terlalu 'budak' macam lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

"Sukar nak digandingkan dengan pembaca berita wanita kerana wajah saya nampak seperti adik kepada mereka sedangkan umur saya sudah cecah 30 dan 31 tahun ketika itu.