KUALA LUMPUR – Sebanyak 13.2 peratus responden lelaki menyatakan mereka pernah berhutang untuk berjanji temu (dating) berbanding 4.9 peratus responden perempuan, berdasarkan Tinjauan Per­belanjaan Janji Temu di Malaysia yang dilaksanakan oleh Legasi Research.

Hasil tinjauan mendapati, pusat beli-belah dan kafe atau restoran menjadi lokasi utama untuk dating, dengan makanan dan minuman merupakan komponen perbelanjaan yang paling lazim.

Lebih separuh responden (52.6 peratus) membelanjakan antara RM51 hingga RM200 bagi setiap kali dating, dengan kebanyakan responden keluar dating sekurang-kurangnya sekali sebulan.

Selain itu, lebih ramai res­ponden lelaki (59.3 peratus) menyatakan mereka kebiasaan­nya membayar sendiri, berban­ding sebilangan kecil respon­den perempuan (8.2 peratus).