Istanbul: Pertembungan Super Lig antara Galatasaray dan musuh tradisi, Fenerbahce bertukar kacau-bilau berikutan pergaduhan beramai-ramai.
Kakitangan kelab terpaksa turun ke padang apabila pemain Fenerbahce melepaskan kemarahan mereka selepas tewas 1-2 dalam aksi tetangga yang digelar 'Derbi Intercontinental' itu.
Rakaman kapten Galatasaray, Abdulkerim Bardakci menarik pemainnya menjauhi kawasan itu menjadi tular di media sosial selepas konfrontasi oleh pemain Fenerbahce, Kerem Akturkoglu sejurus wisel penamat.
Akturkoglu dengan pantas ditahan ketika satu lagi pergelutan berlaku antara pemain tengah, Matteo Guendouzi dan seorang kakitangan Galatasaray.






