Saudara pengarang,

Hasrat kerajaan untuk memperkasakan TVET sangat dihargai. Salah satu kolej atau pusat pengajian yang mengetengahkan program itu ialah Kolej Komuniti di bawah Kementerian Pengajian Tinggi.

Syukur anak saya diterima masuk ke kolej tersebut untuk mengikuti kursus yang ditawarkan. Bagaimanapun, selepas diperhatikan medan selera atau kedai serbaneka untuk membeli barangan keperluan agak jauh dari rumah sewa pelajar.

Umum mengetahui bahawa pelajar perlu berjimat cermat ketika belajar.

Ekoran kedudukan kedai makan atau serbaneka yang agak jauh, mereka perlu membuat pesanan rider dan ia menambahkan kos setiap hari.