KUALA LUMPUR: Pelari pecut negara, Muhammad Azeem Mohd Fahmi dan jaguh skuasy, S Sivasangari mahu menjadikan pengalaman di pentas sukan elit sebagai inspirasi kepada generasi muda Malaysia untuk meneroka potensi diri menerusi sukan.
Hasrat itu dizahirkan menerusi peranan mereka sebagai duta sukan MILO® Malaysia, dengan Azeem dilantik sebagai duta terbaharu bagi bergandingan dengan Sivasangari yang kini memasuki tahun ketiga bersama jenama terkemuka berkenaan.
Pelantikan itu hadir ketika kedua-dua atlet berkenaan terus memburu pencapaian lebih tinggi dalam karier masing-masing selepas mengharungi cabaran di pentas antarabangsa.
Azeem, pemegang rekod kebangsaan acara 100 meter (m) dengan catatan 10.09 saat (s), terus berusaha mengukuhkan kedudukannya sebagai antara pelari pecut terbaik negara manakala Sivasangari kembali daripada Sukan Asia Aichi-Nagoya 2026 dengan kejayaan mempertahankan pingat emas perseorangan wanita dan berpasukan.






