SETIAP atlet yang berjaya berdiri megah di podium pernah bermula dengan satu langkah kecil.Ada yang bermula di padang sekolah, ada yang berlatih di gelanggang komuniti, manakala sebahagian lagi sekadar mahu mencuba sesuatu yang baharu.Namun, daripada langkah pertama itulah lahirnya impian besar yang akhirnya membawa mereka mengharumkan nama negara di pentas dunia.Antaranya kisah pelari pecut negara, Muhammad Azeem Mohd Fahmi dan jaguh skuasy negara, Sivasangari Subramaniam.Di sebalik kejayaan yang dikecapi hari ini, kedua-duanya pernah melalui perjalanan panjang yang dipenuhi cabaran, pengorbanan dan kegagalan sebelum berjaya mengukir nama sebagai antara atlet terbaik Malaysia.Kini, ketika masih memburu pelbagai kejayaan di pentas antarabangsa, mereka menggalas satu lagi misi penting, iaitu menyemarakkan semangat generasi muda Malaysia untuk berani meneroka potensi diri melalui sukan.Misi itu diterjemahkan menerusi pelantikan Muhammad Azeem sebagai duta sukan terbaharu MILO® Malaysia (MILO®), bergandingan dengan Sivasangari yang kini memasuki tahun ketiganya sebagai duta.Pelantikan tersebut bukan sekadar mengiktiraf pencapaian mereka, malah membuka ruang untuk kedua-dua atlet berkongsi pengalaman serta nilai yang membentuk kejayaan mereka.Bagi Muhammad Azeem dan Sivasangari, kejayaan tidak hadir dalam sekelip mata.Ia dibina melalui latihan tanpa mengenal penat, disiplin yang tinggi, semangat untuk bangkit selepas kegagalan dan keyakinan bahawa setiap cabaran mampu diatasi.Hari ini, pengalaman itulah yang ingin mereka wariskan kepada generasi baharu.Pelantikan mereka turut hadir pada detik penting dalam kerjaya masing-masing, Muhammad Azeem terus mengukuhkan reputasinya sebagai pemegang rekod kebangsaan acara 100 meter dan antara pelari pecut paling menyerlah negara.Setiap penampilannya di trek bukan sahaja membawa harapan rakyat Malaysia, malah menjadi inspirasi kepada ramai atlet muda yang bercita-cita mengikut jejak langkahnya.Sivasangari pula baru sahaja mencipta satu lagi kejayaan membanggakan apabila mempertahankan pingat emas acara perseorangan wanita di Aichi-Nagoya.Kini beliau mengintai peluang melakar sejarah sebagai pemain skuasy wanita Malaysia pertama layak ke Sukan Olimpik Los Angeles 2028, temasya yang bakal menyaksikan penampilan sulung skuasy sebagai acara Olimpik.Setiap juara bermula dengan langkah pertamaDi sebalik pencapaian yang membanggakan itu, kedua-dua atlet tidak pernah melupakan titik permulaan mereka. Jauh sebelum mencipta rekod kebangsaan, memenangi pingat emas atau berdiri di podium antarabangsa, Muhammad Azeem dan Sivasangari hanyalah kanak-kanak yang gemar bersukan.Sepanjang perjalanan itu, mereka belajar menerima kekalahan, memperbaiki kelemahan dan terus berusaha menjadi lebih baik setiap hari.Malah, MILO® sudah menjadi sebahagian daripada perjalanan awal mereka ketika menyertai kejohanan sukan di peringkat sekolah dan remaja.Daripada atlet muda yang pernah merasai sendiri pengalaman melalui platform s