SHAH ALAM: Suspek utama kes penipuan penjualan kenderaan dan rumah menggunakan gambar Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah ditahan di Johor Bahru, petang semalam. Ketua Polis Selangor, Datuk Shazeli Kahar, berkata suspek berumur lingkungan 40-an didakwa menyamar sebagai juruiring atau pengawal peribadi sulit Raja Muda Selangor, ditahan kira-kira 5 petang.
"Suspek yang bekerja sendiri itu didapati bersembunyi di rumah dipercayai milik kenalannya di Johor sebelum ditahan polis.
"Suspek dijejaki polis selepas hilang bermula 13 Oktober lalu. Alhamdulillah hasil perkongsian maklumat orang ramai, polis berjaya menangkap suspek.
"Suspek utama ditangkap bersama kenalannya, iaitu dua beradik yang dipercayai turut bersubahat menyembunyikan suspek.









