WASHINGTON: Syarikat gergasi teknologi, Microsoft menawarkan pakej pemisahan sukarela (VSS) kepada kira-kira 60,000 kakitangannya.

Ia merangkumi hampir suku daripada keseluruhan tenaga kerja sebagai langkah me­ngurangkan kos syarikat demi mengimbangi pe­laburan besar-besaran dalam bidang kecerdasan buatan (AI).

Tawaran berkenaan terbuka kepada kakitangan terpilih di Amerika Syarikat (AS), Kanada, India dan United Kingdom (UK) yang berkhidmat di peringkat naib presiden serta ke bawah.

“Tawaran ini dibuka kepada pekerja yang layak dalam pasukan terbabit di Kanada, India, UK dan AS bagi gred tahap 70 dan ke bawah,” kata jurucakap Microsoft menerusi kenyataan di blog rasminya pada Isnin.