EDISI ke-30 perlumbaan basikal berprestij, Le Tour de Langkawi 2026 (LTdL26) 2026 melabuhkan tirainya dengan penuh gilang-gemilang di Putrajaya sekali gus melengkapkan cabaran lapan peringkat yang disifatkan antara edisi paling kompetitif.
Perlumbaan yang merangkumi jarak keseluruhan 1,258.5 kilometer (km) itu bukan sahaja menguji ketahanan fizikal 22 pasukan bertanding menerusi tiga zon pendakian mencabar di Gunung Jerai, Cameron Highlands dan Genting Highlands, malah turut menyajikan saingan terbuka tanpa dominasi mutlak mana-mana pelumba.
Ketua Pegawai Operasi LTdL, Emir Abdul Jalal menyifatkan mencapai kejayaan luar biasa dan melepasi objektif penganjur, selain membuktikan jurang prestasi antara pasukan bertaraf WorldTeam, ProTeam dan benua (Continental) kini semakin rapat.










