KUALA PILAH – Tempoh reman suspek kedua iaitu seorang pelajar senior berusia 16 tahun yang ditahan bagi membantu siasatan kes kematian pelajar Tingkatan Dua di sebuah sekolah di daerah ini disambung enam hari lagi.
Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Superintendan Muhamad Mustafah Hussin berkata, permohonan sambungan reman itu dibenarkan Mahkamah Majistret Kuala Pilah bagi membolehkan pihak polis meneruskan siasatan kes berkenaan.
Menurut beliau, perintah sambungan reman itu bermula semalam (4 Oktober) sehingga 9 Oktober ini.
“Buat masa ini, kita masih menunggu keputusan ujian toksikologi daripada Jabatan Kimia berikutan keputusan bedah siasat terhadap masih tidak dapat ditentukan,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini, hari ini. – KOSMO! ONLINE









/file/attachments/orphans/564434453_706873.png)
