Kuala Lumpur: 'Dahagakan darah!' Kekejaman rejim Zionis Israel semakin melampau apabila tergamak menggunakan dron 'bunuh diri' untuk membunuh kanak-kanak dan kumpulan mahasiswa di pekarangan Universiti Islam Gaza (UIG), Tebing Gaza.

Siri serangan terbaru berlaku selepas 10 pelajar sekolah dan seorang guru turut dibunuh dalam beberapa kejadian pembunuhan kejam di Gaza sejak 19 Oktober.

Serangan udara tanpa perikemanusiaan di tengah-tengah kota Gaza itu menyebabkan lebih lapan penuntut UIG cedera parah dan tiga terkorban.

Tiga mangsa yang terkorban dikenali sebagai Ashraf Dahlan, Shadi Abu Ataya dan Sami Baroud berdasarkan pengecaman dilakukan di Hospital Al-Shifa, Gaza.