Rom: Juara dunia MotoGP, Marc Marquez mengakui buat pertama kali bahawa dia berkemungkinan besar bersara selepas tamat kontrak seterusnya bersama Ducati.

Pelumba berusia 33 tahun itu menandatangani kontrak baharu untuk kekal bersama pasukan kilang Ducati bagi dua musim lagi awal tahun ini.

Perjanjian itu dicapai meskipun timbul ketidaktentuan mengenai tahap kecergasannya ketika dia masih bergelut dengan kesan kecederaan bahu yang dialami Oktober tahun lalu.

Marquez akan berusia 35 tahun apabila kontrak berkenaan berakhir.