Johor Bahru: Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) mengarahkan perkhidmatan beca yang dijalankan di sekitar bandar raya ini, yang dijalankan tanpa kelulusan pihaknya, supaya segera dihentikan.
Datuk Bandar Johor Bahru, Datuk Mohd Haffiz Ahmad berkata, setakat ini, pihaknya tidak menerima sebarang permohonan daripada mana-mana pengusaha bagi mewujudkan perkhidmatan itu di bandar raya ini.
"Kami sedar maklumat yang tular, tindakan sudah dilakukan, ia diarahkan supaya dihentikan segera.
"Sepatutnya permohonan dilakukan terlebih dahulu bagi mendapatkan kelulusan," katanya di sidang media di sini, hari ini.









