Ibu bapa diberi budi bicara untuk menentukan sama ada mahu menghantar anak ke taska atau tidak, kata Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Nancy Shukri.KUCHING: Tiada taman asuhan kanak-kanak (taska) diarah tutup setakat ini susulan keadaan jerebu, namun semua aktiviti luar perlu dihentikan bagi mengurangkan pendedahan kanak-kanak kepada udara tercemar.
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Nancy Shukri berkata keputusan untuk tidak mengarahkan penutupan taska secara menyeluruh mengambil kira keperluan ibu bapa yang bergantung kepada perkhidmatan itu ketika bekerja.
Beliau berkata ibu bapa diberi budi bicara untuk menentukan sama ada mahu menghantar anak ke taska atau tidak, khususnya di kawasan yang sekolahnya telah diarahkan tutup susulan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) yang tinggi.






