MB Johor Onn Hafiz Ghazi berkata, kerajaannya akan terus pertahan integriti, kredibiliti dan reputasi negeri daripada sebarang tuduhan tidak berasas. (Gambar Bernama)PETALING JAYA: Menteri Besar Johor Onn Hafiz Ghazi menyangkal dakwaan yang mengaitkan Johor Corporation (JCorp) dengan insiden kebakaran hutan dan tanah di Indonesia, menyifatkannya sebagai palsu dan tidak berasas.

Beliau menegaskan agar tiada pihak yang 'mengambil kesempatan memutar belit fakta sehingga menimbulkan persepsi seolah-olah JCorp, sebuah institusi pelaburan milik kerajaan Johor, terlibat dalam kejadian kebakaran hutan tersebut'.

"Semua pihak berhak menuntut ketelusan dan akauntabiliti, tetapi biarlah berlandaskan fakta dan bukti yang sahih," kata Onn Hafiz, yang juga pengerusi JCorp, menerusi hantaran Facebook.