HONG KONG – Asap daripada kebakaran hutan dan tanah gambut Indonesia pada tahun ini menyebabkan Malaysia mengalami kerugian kebajikan mencecah AS$1.97 bilion(RM8 bilion), menyumbang kepada anggaran 1,700 kematian dan menjejaskan sektor pembuatan secara serius, demikian menurut laporan kelolaan kumpulan industri utama negara itu, lapor akhbar South China Morning Post semalam.
Laporan bertajuk Musim Kebakaran 2026 dan Jerebu Rentas Sempadan di Malaysia itu dilakukan untuk Persekutuan Pengilang-Pengilang Malaysia (FMM), seperti dilaporkan akhbar Malay Mail.
Ia menyebut bahawa angka diberikan mencerminkan kebajikan sosial yang lebih luas dan bukannya kerugian hasil ekonomi atau keluaran dalam negara kasar, dan tidak sepatutnya ditambah kepada kerugian kew








