MELAKA - Presiden Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan), Datuk Dr Dominic Lau Hoe Chai mendakwa, penggantungan Perikatan Nasional (PN) oleh Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS) merupakan agenda Pakatan Harapan (PH) menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.Beliau berkata, penggantungan itu dibuat pada 23 September, iaitu tarikh yang sama dengan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka."Seperti kita tahu 23 September DUN Melaka telah dibubarkan. Tapi saya nak mengingatkan semua, 23 September juga PN telah digantung."Mengapa pada masa ini baru PN digantung? Ini memang niat yang sangat jahat. Ini keputusan politik, ini memang agenda bagi PH," katanya ketika berucap pada Majlis Pengumuman Calon PN PRN Melaka di sini pada malam Khamis.Menurutnya, beliau tidak terkejut dengan tindakan tersebut kerana sememangnya telah menjangkakannya.Dakwanya lagi, ia juga bertujuan memastikan Datuk Seri Anwar Ibrahim dapat kekal sebagai Perdana Menteri untuk penggal kedua."Ada ramai media tanya saya, adakah saya terkejut apabila terima berita bahawa PN telah digantung?"Saya kata tak terkejut. Ini memang dalam jangkaan kita. Bukan kita cerdik, tetapi untuk makluman, pada 16 Ogos ketika Kongres Parti Keadilan Rakyat (PKR) di Melaka, salah satu agenda mereka bagaimana nak kekalkan Anwar menjadi Perdana Menteri penggal kedua," katanya.Sementara itu pada majlis berkenaan, seorang calon daripada parti itu iaitu Datuk Seri Michael Gan Peng Lam diumumkan bertanding di DUN Ayer Keroh.
PRN Melaka: Penggantungan PN bermotif politik, agenda PH - Dominic Lau

Key takeaways
Presiden Gerakan mendakwa penggantungan PN oleh RoS adalah agenda PH menjelang PRN Melaka.
- Penggantungan PN berlangsung pada 23 September, sama dengan tarikh pembubaran DUN Melaka.
- Dominic Lau menganggap tindakan itu sebagai niat politik dan agenda PH.
- Tujuannya adalah memastikan Anwar Ibrahim kekal sebagai Perdana Menteri.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Story details
- Published
- By
- SYAMILAH ZULKIFLI
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 4 sources, oldest first.
- Free Malaysia Today Parti politik bimbang undi pecah menjelang PRN Melaka, kata penganalisis
- Harian Metro PRN Melaka: BN, PN meterai persefahaman politik
- Berita Harian BN, PN meterai perjanjian kerjasama politik PRN Melaka
- Sinar Harian PRN Melaka: Penggantungan PN bermotif politik, agenda PH - Dominic Lau (this story)









