Sepang: "Sebagai seorang pelumba, nasihat saya adalah supaya dia bertenang dan tidak terlalu memikirkan tekanan. Dia tahu apa yang perlu dilakukan ketika berada di atas jentera."
Demikian nasihat bekas pelumba MotoGP negara, Hafizh Syahrin Abdullah kepada pelumba Moto3 negara, Hakim Danish Ramli menjelang saingan Grand Prix (GP) Malaysia di Litar Antarabangsa Sepang (SIC), Ahad ini.
Menurutnya, pelumba berusia 19 tahun itu mempunyai kemampuan untuk memberikan saingan kompetitif berdasarkan prestasi semasa, termasuk mempunyai pengalaman beraksi menerusi tiket wild card pada tahun lalu di SIC.
"Tahun lalu, dia berada dalam kelompok hadapan tetapi malangnya mengalami masalah teknikal sehingga tidak dapat menamatkan perlumbaan.






