Georgetown: Kerajaan Pulau Pinang hari ini membentangkan Belanjawan 2027 berjumlah RM1.074 bilion, dengan unjuran defisit terendah dalam sejarah pentadbiran negeri iaitu sebanyak RM5.62 juta.
Ketua Menteri, Chow Kon Yeow berkata, belanjawan bertema Merakyatkan Visi, Menempa Legasi itu mengunjurkan hasil sebanyak RM1.069 bilion, meningkat RM800,000 atau 0.07 peratus berbanding RM1.068 bilion pada 2026.
"Beliau berkata unjuran peningkatan hasil itu mencerminkan usaha berterusan kerajaan negeri dalam memperkukuh kedudukan fiskal selain memastikan pengurusan kewangan dilaksanakan secara berhemat.
"Belanjawan 2027 menyaksikan anggaran defisit terendah dalam sejarah Belanjawan Negeri Pulau Pinang berbanding unjuran defisit tahun 2026 sebanyak RM19.92 juta," katanya.






