JELEBU: Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS) mengambil maklum kejadian solat Jumaat tidak dapat dilaksanakan di Masjid Jamek Kuala Klawang hari ini sehingga menyebabkan jemaah terpaksa menunaikan solat Zuhur sebagai ganti.
Melalui kenyataan, JHEAINS menjelaskan pihaknya tidak menerima sebarang notis peletakan jawatan secara bertulis daripada Imam 1, sebaliknya hanya menerima makluman secara lisan berhubung hasrat itu.
Untuk makluman, individu berkenaan masih menerima elaun imam bagi jawatan tersebut.
Susulan kejadian ini, pentadbiran Masjid Jamek Kuala Klawang akan diambil alih buat sementara waktu oleh JHEAINS Daerah Jelebu bagi memastikan urusan pengurusan masjid dan pelaksanaan ibadah berjalan lancar serta kepentingan jemaah terus terpelihara.








