JELEBU – Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS) tidak menerima sebarang notis peletakan jawatan secara bertulis daripada Imam 1 Masjid Jamek Kuala Klawang susulan isu solat Jumaat yang tidak dapat dilaksanakan di masjid berkenaan hari ini.

JHEAINS dalam satu kenyataan memaklumkan, pihaknya hanya menerima maklumat secara lisan berhubung hasrat imam berkenaan untuk berbuat demikian.

Menurut kenyataan itu, individu terbabit juga masih menerima elaun imam bagi jawatan berkenaan meskipun timbul isu peletakan jawatan tersebut.

Susulan kejadian itu, pentadbiran Masjid Jamek Kuala Klawang akan diambil alih sementara waktu ol