BAGAN DATUK: Kerajaan akan memastikan pelajar dapat menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan lancar di negeri yang terjejas banjir berikutan Monsun Timur Laut (MTL) yang telah bermula.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, beliau telah berbincang dengan Menteri Pendidikan, Datuk Seri Fadhlina Sidek dalam mesyuarat Kabinet pada minggu lalu berkenaan pelajar yang sedang mengikuti peperiksaan SPM.

“Beliau mengatakan kepada saya di kawasan-kawasan yang dijangka berlaku banjir besar, pelajar-pelajar ini telah dikenal pasti dan akan dipindahkan di sekolah-sekolah yang ada asrama dan mereka mengambil peperiksaan di tempat-tempat berkenaan.

“Lembaga Peperiksaan juga telah bersiap siaga mengenai perkara ini,” katanya ditemui pemberita pada Majlis Santunan Kasih Deepavali 2026 Kompleks UMNO Bagan Datuk di sini hari ini.