KUALA LUMPUR – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir dan hujan lebat di beberapa kawasan di tujuh negeri sehingga jam 5 petang pada Ahad.Menurut MetMalaysia, tujuh negeri tersebut ialah Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Pahang, Johor dan Sabah. Di Perlis, amaran melibatkan seluruh negeri, manakala di Kedah membabitkan Kota Setar, Yan, Kuala Muda, Bandar Baharu, Kulim, Baling, Sik, Pendang dan Langkawi.Di Pulau Pinang, amaran meliputi seluruh negeri, sementara di Perak membabitkan Hulu Perak, Kuala Kangsar, Selama, Larut Matang, Kerian, Manjung, Perak Tengah, Kinta, Kampar dan Batang Padang.Di Pahang, kawasan yang terlibat ialah Tanah Tinggi Cameron dan Kuantan, manakala di Johor membabitkan Kluang, Pontian, Segamat, Johor Bahru, Kulai dan Kota Tinggi.Di Sabah, amaran melibatkan Sandakan, Tongod, Telupid, Pantai Barat, Ranau, Penampang, Kota Kinabalu, Tuaran, Kota Belud dan Putatan, selain kawasan Pedalaman termasuk Tambunan, Sipitang, Pensiangan dan Tenom.Orang ramai dinasihatkan supaya berwaspada terhadap keadaan cuaca semasa dan mengikuti maklumat terkini melalui saluran rasmi MetMalaysia.
Amaran ribut petir, hujan lebat di tujuh negeri

Key takeaways
MetMalaysia mengeluarkan amaran ribut petir dan hujan lebat di tujuh negeri: Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Pahang, Johor dan Sabah, dengan kawasan tertentu terlibat.
- Amaran meliputi seluruh negeri Perlis dan Pulau Pinang serta kawasan tertentu di negeri lain.
- Kedah, Perak, Pahang, Johor dan Sabah mempunyai senarai kawasan spesifik yang terjejas.
- Orang dijangka berwaspada dan mengikuti maklumat rasmi MetMalaysia.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Also reported by Harian Metro , Berita Harian , Utusan Malaysia , Harian Metro , Berita Harian
Story details
- Published
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 4 sources, oldest first.
- Utusan Malaysia Amaran ribut petir, hujan lebat di lapan negeri
- Sinar Harian Amaran ribut petir, hujan lebat di tujuh negeri (this story)









