KUALA LUMPUR: Hanya satu daripada 500 laman web perusahaan kecil dan sederhana (PKS) di Malaysia mencapai skor penuh kesediaan carian kecerdasan buatan (AI), mendedahkan jurang ketara keupayaan perniagaan tempatan untuk memastikan maklumat mereka mudah ditemui apabila pengguna mendapatkan cadangan menerusi platform AI.
Kajian One Search Pro terhadap 500 PKS merentas sembilan sektor di seluruh negara mendapati purata skor kesediaan carian AI hanya 2.2 daripada lima, menunjukkan kebanyakan laman web perniagaan masih belum dioptimumkan sepenuhnya untuk dibaca dan dirujuk oleh sistem AI.
Pengasas One Search Pro, Eric Ang, berkata ramai PKS sudah mengambil langkah awal dengan menguruskan Profil Perniagaan Google, namun laman web sendiri masih berdepan kelemahan untuk menjadi sumber maklumat yang boleh dikenal pasti dan dipetik AI.







%2Ffile%2Fpublisher-c1a3f893382d2b2f8a9aa22a654d9c97%2F2026%2F07%2F089466d6856db735a6bc81a5fb19d679.jpg&w=480&output=webp&q=85&we)


