LONDON – Pelaburan Tottenham Hotspur mendapatkan khidmat Sandro Tonali mula menampakkan hasil selepas menjadi nadi penting buat pasukan ketika menewaskan Crystal Palace 2-0, awal pagi semalam.
Pengendali Spurs, Roberto De Zerbi memuji persembahan Tonali yang disifatkan sebagai sempurna untuk bantu meneruskan rentak positif dengan mencatat kemenangan ketiga Liga Perdana Inggeris (EPL) berturut-turut.
“Tonali pamerkan prestasi luar biasa dan menakjubkan. Kami seperti bermain dengan kelebihan dua pemain kerana Tonali seolah-olah menjalankan dua peranan di atas padang,” katanya.
Spurs memperoleh kelebihan selepas penyerang Palace, Jean-Philippe Mateta dilayangkan kad merah sebelum meraih gol menerusi Archie Gray dan Jan Paul Van Hecke.









