surayaroslan@mediaprima.com.my
Kuala Lumpur: Peniaga didakwa di Mahkamah Majistret, di sini, hari ini, atas tuduhan membunuh pembantu rumahnya yang juga warga India, dua minggu lalu.
Tertuduh, Stevent Anthony, 31, mengangguk tanda faham sebaik pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret, Khairunissak Hassni.
Bagaimanapun tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh kerana kes itu berada di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.
Mengikut pertuduhan, lelaki itu didakwa membunuh wanita, Tamilarasi Kumar (tidak diketahui usia) di sebuah kediaman di Titiwangsa pada jam 4 pagi hingga 10.55 pagi, 24 September lalu.








