hidayah.tanzizi@hmetro.com.my
Kuala Lumpur: "Saya hilang pekerjaan dan kerap berdepan tindakan polis, semuanya kerana perbuatan individu tidak bertanggungjawab yang mencuri identiti saya," kata T Aaron, 31, yang menjadi mangsa jenayah kecurian identiti sejak 2021.
Aaron mendakwa akibat perbuatan itu, dia dikaitkan dengan beberapa kes jenayah hingga pernah direman sebanyak dua kali.
Malah, dia turut dikaitkan dengan kes penipuan wang kira-kira RM1,800 namun kes ditutup selepas dia membayar kompaun dan kecurian cip perjudian bernilai kira-kira RM4.1 juta yang kemudian dia dibebaskan selepas siasatan dijalankan.
"Bulan lalu saya dipanggil polis membabitkan kes kehilangan Toyota Alphard di Sepang sebelum pihak berkuasa menasihatkan saya supaya membuat laporan kerana identiti dipercayai disalahgunakan.









/file/publisher-c1a3f893382d2b2f8a9aa22a654d9c97/2026/02/cf0667319e5a2e446ce8e866bd734b5f.jpg)