asyikin.mat@hmetro.com.my
Kuala Lumpur: Kementerian Kesihatan (KKM) diminta mempercepatkan pengambilan dan penempatan jururawat bagi menangani kekosongan jawatan itu yang kini sebanyak 18 peratus.
Presiden Kesatuan Jururawat Malaysia (MNU), Noor Aini Abu Hashim dalam kenyataan berkata, semua jawatan yang sudah diluluskan perlu diisi segera bagi memastikan kekurangan tenaga kejururawatan tidak terus menjejaskan penyampaian perkhidmatan kesihatan.
"Kita mengalu-alukan usaha SPA (Suruhanjaya Perkhidmatan Awam) mempercepatkan proses pengambilan, termasuk menerusi temu duga terbuka.
"Setakat September lalu, SPA melaporkan lebih 1,000 kekosongan sudah diisi, namun masih terdapat beberapa ratus jawatan yang perlu diisi segera," katanya.









