KUALA LUMPUR - Warga asing tidak dibenarkan menjalankan aktiviti perniagaan di bazar atau karnival tempatan, manakala penganjur boleh dikenakan tindakan sekiranya gagal memastikan pematuhan terhadap peraturan ditetapkan.Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah berkata, Kementerian Dalam Negeri (KDN) tidak akan berkompromi dengan sebarang pelanggaran undang-undang berkaitan penglibatan warga asing dalam aktiviti perniagaan.Beliau turut mengingatkan penganjur supaya memastikan semua peniaga yang mengambil bahagian mematuhi syarat ditetapkan bagi mengelakkan tindakan penguatkuasaan."Kita ada peraturan dan undang-undang. Kita sangat tegas dalam perkara ini. Memang warga asing tidak dibenarkan berniaga di sini kerana ia tertakluk di bawah Peraturan 39B."Sementara penganjur juga boleh didenda dan dikenakan tindakan. Sebab itu saya harap peniaga-peniaga yang berniaga di sini mematuhi syarat kerana kita sangat konsisten dan tidak ada kompromi dalam perkara ini," katanya selepas mengadakan lawatan ke Karnival Deepavali Ke-24 2026 di Bukit Jalil di sini pada Isnin.Mengulas mengenai pemantauan aktiviti perniagaan di bazar dan karnival, Shamsul Anuar berkata, pengeluaran lesen perniagaan terletak di bawah bidang kuasa pihak berkuasa tempatan (PBT).Bagaimanapun, katanya, operasi penguatkuasaan terhadap peniaga yang menjalankan perniagaan tanpa kebenaran dilaksanakan secara kerjasama antara polis, Jabatan Imigresen Malaysia dan PBT.Dalam pada itu, beliau memuji penganjuran Karnival Deepavali anjuran Agenda Suria Communications kerana mematuhi peraturan ditetapkan kerajaan, khususnya berkaitan penglibatan warga asing dalam aktiviti perniagaan.Katanya, penganjuran karnival berkenaan bukan sahaja menyemarakkan sambutan Deepavali, malah membuka peluang ekonomi kepada usahawan tempatan.Lebih 400 peniaga menyertai karnival itu, termasuk peniaga dari negara jiran.Mengulas lanjut, Shamsul Anuar turut menyifatkan karnival berkenaan sebagai platform yang membolehkan masyarakat pelbagai kaum bersama-sama meraikan perayaan Deepavali sekali gus mengukuhkan perpaduan rakyat.Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Agenda Suria Communications merangkap penganjur karnival, Jaggarao Simancha berkata, semua peniaga yang mengambil bahagian merupakan peniaga tempatan yang mempunyai rakan kerjasama dari Malaysia dan India.Menurutnya, konsep kerjasama strategik itu membolehkan peniaga tempatan mengakses pasaran antarabangsa, selain memastikan penganjuran karnival mematuhi peraturan KDN dan Jabatan Imigresen Malaysia."Kita membawa konsep kerjasama strategik antara Malaysia dan India. Semua yang berniaga di sini ialah peniaga Malaysia yang mempunyai rakan kerjasama tempatan."Melalui pendekatan ini, kita dapat mengembangkan ekonomi masyarakat tempatan dan pada masa sama memberi peluang kepada peniaga tempatan untuk mengakses pasaran luar negara," katanya.Jaggarao berkata, pihaknya menyasarkan kehadiran kira-kira 400,000 pengunjung tahun ini berbanding sasaran a
Warga asing dilarang berniaga di bazar tanpa kebenaran, penganjur boleh dikenakan tindakan - Shamsul Anuar

Key takeaways
Warga asing dilarang menjalankan perniagaan di bazar atau karnival tempatan, dan penganjur boleh didenda jika tidak memastikan pematuhan. KDN menegaskan ketegasan dan kerjasama polis, imigresen, dan PBT dalam penguatkuasaan.
- Warga asing tidak dibenarkan berniaga di bazar atau karnival tempatan mengikut Peraturan 39B.
- Penganjur boleh didenda jika gagal memastikan peniaga mematuhi peraturan.
- Penguatkuasaan melibatkan polis, Jabatan Imigresen Malaysia, dan pihak berkuasa tempatan.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Also reported by Utusan Malaysia
Story details
- Published
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 5 sources, oldest first.
- Utusan Malaysia 76 wanita warga asing ditahan di pusat hiburan tanpa lesen
- Malaysiakini (BM) Muhyiddin 'sokong' subsidi warga asing: MCMC masih tunggu keputusan AGC
- Sinar Harian Warga asing dilarang berniaga di bazar tanpa kebenaran, penganjur boleh dikenakan tindakan - Shamsul Anuar (this story)
- Utusan Malaysia Warga asing dilarang berniaga di bazar tanpa kebenaran







