Walaupun seminggu sudah berlalu saya terpanggil menulis mengenai Perjanjian Keyakinan dan Perbekalan dimeterai antara kerajaan, Ahli Parlimen Bersatu, bekas Ahli Parlimen parti itu yang menyokong PMX dan Ahli Parlimen Muar Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.
Sebab? Perikatan Nasional memutuskan tidak akan ikut sama yakni tidak akan menandatangani perjanjian itu yang ramai lebih gemar guna istilah Inggerisnya iaitu CSA untuk Confidence and Supply Agreement.
Keengganan PN memeterai CSA bukanlah sesuatu yang memeranjatkan walaupun pendapat umum ialah CSA peluang perkukuh kestabilan politik negara.
Dan kestabilan politik adalah antara prasyarat penting untuk memastikan dasar kerajaan dapat dilaksanakan dengan berkesan dan manfaatnya dapat dirasai rakyat, dalam sebuah negara yang sedang berdepan pelbagai cabaran ekonomi dan tuntutan pembangunan. At least that’s how Segamat MP R Yuneswaran look at it.








