Nelayan Kampung Pinang, Klebang, mendakwa selepas tambakan laut geragau sudah tiada dan pendapatan mereka semakin berkurangan.HANG TUAH JAYA: Nelayan dan pesawah di Kampung Pinang, Klebang, mendakwa kerja tambakan laut untuk pembangunan Zon Ekonomi Pesisir Pantai Melaka (MWEZ) menjejaskan periuk nasi mereka.
Zainudin Abu.Zainudin Abu, 61, nelayan sejak berusia 14 tahun mendakwa hasil geragau yang sebelum ini menjadi sumber pendapatan tambahan semakin merosot sejak kerja penambakan laut, sekali gus menjejaskan pengusaha belacan tempatan.
Katanya, hasil geragau sebelum ini mampu memberikan pendapatan antara RM200 hingga RM500 bagi satu tempoh air bani (air mati), malah mencecah RM800 jika tangkapan banyak.








