GEORGE TOWN – “Seram bulu roma ku! Melihat bungkusan putih itu, mungkin pocong laut.”

Demikian antara reaksi pengguna media sosial selepas sebuah video memaparkan beberapa objek menyerupai bungkusan yang dibalut dengan kain putih dan plastik berwarna oren terapung di permukaan laut tular di media sosial, semalam.

Rakaman berdurasi 29 saat itu telah mengundang pelbagai spekulasi dalam kalangan pengguna yang tertanya-tanya mengenai identiti serta kandungan bungkusan berkenaan.

Keadaan bungkusan putih yang menyerupai bentuk tubuh manusia itu mencetuskan rasa kurang senang dan seram dalam kalangan netizen.