Perdana Menteri Anwar Ibrahim berkata Putrajaya mungkin terpaksa menanggung kerugian RM8 bilion bagi dua projek saluran paip dibatalkan, jika tiada perjanjian penyaluran semula pinjaman dengan bank China itu. (Gambar Bernama)PETALING JAYA: Anwar Ibrahim berkata, perjanjian penyaluran semula pinjaman kerajaan dengan sebuah bank China berjaya mengurangkan kerugian RM8 bilion kepada RM3 bilion susulan pembatalan projek Saluran Paip Gas Trans-Sabah (TSGP) dan Saluran Paip Pelbagai Produk (MPP).
Perdana menteri berkata, tanpa perjanjian itu, Putrajaya terpaksa menanggung kerugian sehingga RM8 bilion susulan obligasi membayar balik pinjaman daripada Bank Eksport-Import China (Cexim) bagi membiayai dua projek dibatalkan itu.










