GEORGETOWN: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) mengemukakan syor kepada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) supaya mempertimbangkan kenaikan pangkat secara posthumous kepada anggotanya yang terkorban ketika bertugas di perairan Kuala Sungai Padang, Perlis, bulan lalu.
Ketua Pengarah Maritim Malaysia, Laksamana Maritim Datuk Mohd Rosli Abdullah, berkata syor itu dikemukakan menerusi Kementerian Dalam Negeri (KDN) sebagai tanda penghargaan terhadap pengorbanan Allahyarham Laskar Kanan Teknikal Maritim Mohd Roshaimi Mohd Ridzuan.
Beliau berkata, insiden berdarah pada 27 Oktober lalu itu adalah kehilangan besar buat seluruh warga Maritim Malaysia, selain mengakibatkan tiga lagi anggota pasukan cedera.








%2Ffile%2Fpublisher-c1a3f893382d2b2f8a9aa22a654d9c97%2F2023%2F10%2F94c4627948c6b7f4a35a4a32d86fbf53.jpg&w=480&output=webp&q=85&we)

