DUA tahun lalu di Festival Filem Malaysia ke-33 (FFM 33), pelakon Trisha Ooi membawa pulang kenangan manis apabila dinobatkan sebagai pemenang kategori Pelakon Wanita Harapan Festival Filem Malaysia menerusi filem Janna Endoro.

Kemenangan pertama ini membawa harapan besar buat Trisha atau nama sebenar Reyshqa Aqiera Mohd Nasron Ooi, 27, untuk terus memahat nama dengan meraih kejayaan demi kejayaan yang lebih besar.

Tahun ini FFM edisi Ke-35 akan berlangsung pada 21 November di lokasi berprestij Istana Budaya, Kuala Lumpur. Namun, agak mengecewakan apabila namanya tidak tercalon dalam mana-mana kategori yang dipertandingkan.

"Filem Nar'sata: Sekutu Setan lakonan saya ada tercalon untuk dua kategori iaitu Kesan Khas Visual Terbaik dan Poster Terbaik. Tapi yang kategori lain kita tidak tercalon.